Monday 2 May 2011

Majlis Perpisahan Ahli Kelab

Pada 22 April 2011 ahli kelab telah meraikan ahli-ahli kelab Kebudayaan yang akan menamatkan pengajian pada semester Dis 2010. Majlis ini diadakan di Allson Klana Resort Seremban di mana majlis ini telah dihadiri seramai 15 orang ahli tegar yang sering terlibat dengan aktiviti kelab.

Majlis ini bermula pada jam 8.00 malam dan didahului dengan ucapan aluan daripada penasihat kelab iaitu En. Mohamad Saim dan diikuti dengan ucapan pengerusi kelab iaitu Nursyahiran Mohamed. Makanan yang dihidangkan ala bufet telah menaikkan selera ahli kelab pada malam tersebut.

Setelah majlis tamat ahli kelab telah pergi ke Jaya Jusco Seremban 2 untuk aktiviti boling dan penyampaian sijil penghargaan kepada semua ahli kelab bagi sesi Dis 2010.