Monday 21 February 2011

Ice Breaking Session

Sesi 'ice breaking' bersama kareografer telah dijalankan baru-baru ini. Sesi 'ice breaking' ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan sesama ahli kelab selain mengenalpasti masalah-masalah yang sering dialami oleh ahli-ahli kelab dalam menjalani latihan tarian di Politeknik Port Dickson.


Saturday 19 February 2011

Latihan Tarian

Pengumuman kepada semua ahli kelab dan pelajar Poli PD yang berminat...

Latihan tarian yang dibimbing oleh En Hafiz (koreografer Taman Budaya Negeri Sembilan) akan diadakan :

Hari     : Setiap Isnin dan Rabu
Masa   : 8.00 - 10.00 malam
Lokasi : Ruang Legar DK5 (Blok Akademik)

Latihan ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan pergerakan tarian tradisional dan kontemporari.
Terbuka untuk ahli kelab dan pelajar Politeknik PD yang berminat.

JOM JOIN!!!!!

Kelab Kebudayaan PPD dah ada BLOG!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Mulai 21 Februari 2011, semua ahli kelab dan pelajar Politeknik Port Dickson boleh melawati blog KELAB KEBUDAYAAN POLITEKNIK PORT DICKSON untuk informasi terkini dan kenangan lama-lama dari semasa ke semasa.

Terima kasih.