Monday 2 May 2011

Majlis Perpisahan Ahli Kelab

Pada 22 April 2011 ahli kelab telah meraikan ahli-ahli kelab Kebudayaan yang akan menamatkan pengajian pada semester Dis 2010. Majlis ini diadakan di Allson Klana Resort Seremban di mana majlis ini telah dihadiri seramai 15 orang ahli tegar yang sering terlibat dengan aktiviti kelab.

Majlis ini bermula pada jam 8.00 malam dan didahului dengan ucapan aluan daripada penasihat kelab iaitu En. Mohamad Saim dan diikuti dengan ucapan pengerusi kelab iaitu Nursyahiran Mohamed. Makanan yang dihidangkan ala bufet telah menaikkan selera ahli kelab pada malam tersebut.

Setelah majlis tamat ahli kelab telah pergi ke Jaya Jusco Seremban 2 untuk aktiviti boling dan penyampaian sijil penghargaan kepada semua ahli kelab bagi sesi Dis 2010.






Friday 22 April 2011

Teambuilding Kelab Kebudayaan

Pada 8-10 April yang lalu ahli Kelab Kebudayaan Politeknik Port Dickson telah pergi ke Bukit Merah Laketown Resort di negeri Perak sesi "teambuilding".

Sesi ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di mana para peserta dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab. Sesi ini juga telah membuka minda para peserta apabila melawat ke lokasi-lokasi yang penuh dengan kebudayaan tradisional.

Sunday 20 March 2011

Latihan Tarian Inang

Latihan tarian Inang telah dijalankan pada setiap hari Isnin dan Rabu malam. Latihan ini telah menjadikan ahli kelab kebudayaan terdedah dengan pergerakan dan kareografi tarian Inang.






Monday 21 February 2011

Ice Breaking Session

Sesi 'ice breaking' bersama kareografer telah dijalankan baru-baru ini. Sesi 'ice breaking' ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan sesama ahli kelab selain mengenalpasti masalah-masalah yang sering dialami oleh ahli-ahli kelab dalam menjalani latihan tarian di Politeknik Port Dickson.


Saturday 19 February 2011

Latihan Tarian

Pengumuman kepada semua ahli kelab dan pelajar Poli PD yang berminat...

Latihan tarian yang dibimbing oleh En Hafiz (koreografer Taman Budaya Negeri Sembilan) akan diadakan :

Hari     : Setiap Isnin dan Rabu
Masa   : 8.00 - 10.00 malam
Lokasi : Ruang Legar DK5 (Blok Akademik)

Latihan ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan pergerakan tarian tradisional dan kontemporari.
Terbuka untuk ahli kelab dan pelajar Politeknik PD yang berminat.

JOM JOIN!!!!!

Kelab Kebudayaan PPD dah ada BLOG!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Mulai 21 Februari 2011, semua ahli kelab dan pelajar Politeknik Port Dickson boleh melawati blog KELAB KEBUDAYAAN POLITEKNIK PORT DICKSON untuk informasi terkini dan kenangan lama-lama dari semasa ke semasa.

Terima kasih.